Friday, March 21, 2014

Kembali


Assalamualaikum 


Sekian lama begini, aku lebih selesa dan sangat selesa,
Seusai kisah lalu aku lebih menghargai,
Aku tak kisah apa itu lelaki perlu ada di sisi sebagai kekasih hati,
Sebab aku tahu Dia lagi setia tak pernah pergi tinggalkan aku sendiri,
Aku juga ada keluarga yang selalu bersama walau cela sana sini,
Kawan-kawan mereng sama-sama juga layankan saja diri ini.

Kau muncul kembali,
Tanpa aku duga telah terjadi.

Terkejut usah dikata,
Kalau ianya tidak diduga.

Bertenang,
Lagak biasa cuba balas lewat pesanan,
Dalam hati bukan kepalang jiwa melayang.

Cukup laa jawab yang perlu,
Tak perlu macam dulu,
Walau kau kata yang lalu biarkan berlalu,
Tapi aku memang sudah batu,
Hati beku,
Jiwa kayu.

Jangan kau harapkan apa-apa,
Setelah ini bukan aku yang lama,
Maaf semua.







Aku tau kau akan baca. Maaf tiada balasan panggilan atau pesanan. Sebab tiada kekuatan. Ya, yang lalu sudah menjadi sejarah. Namun, tak bermakna aku menjadi lebih mudah. Mudah untuk kau kecap salam perkenalan baru. Maaf aku masih lagi belum bersedia. Berapa lama? Tiada jawapan untuk itu. Maafkan aku sekali lagi. Bukan salah kau pun, tapi aku yang macam batu. Keras.








1 comment:

Faarihin said...

Semoga kau tetap kuat Cimot. Bila kau nak kembali lagi ni?